Daisypath Graduation tickers

Friday, January 24, 2014

Status

"Status APG ni selalu je menusuk.."

"Hahaha, yeke? hari ni status psl pe?"

"ermmmm........kat dunia ni, ada 2 golongan manusia..........yg baca AlKahfi dgn yg tak baca..."

=.='

oooh, baiklaaaaaahh.

 Jumaat, Kahfi JOM! :)

Thursday, January 23, 2014

Connection

Al-Anfaal, 63 :

"...And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise."

Hati kita masing-masing Allah yang pegang. Kalau ukhuwwah fillah, sebengang mana dgn sahabat kita, Allah kasi cantum balik. heee. 

"Bagai air dicencang tidak akan putus..." heh. betul ke x. Kena berguru dgn Dr Chong. His Malay is soooo heybbat with all sort of peribahasa and flowery words despite not being a Malay himself. ahaahaha. 

Psy posting nak abes dah. Next week exam. May Allah ease everyone (as well as ortho supplement lpass tu!) Dah mcm2 cite dgr from patients. Humaaaan imagination can beee soooo expansilee. hahaha.

Sunday, January 12, 2014

Hati Cincang

"Auntie, hati tu ade rase kena cincang ke?"

Heh, nak tergelak jugak dgr Dr tanye mcm tu kat patient.

Hati kena cincang.

Luka berdarah weh. hahaha.

Ehem. Xde nak cite hati cincang ke ape. Heee.

Semalam ade kelas tafsir ust Kasyfun. Continue lagi surah An-Nuur.

Br je duduk ust terus baca ayat 14-18 surah An-Nuur.







14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - 
15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. 
16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". 
17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. 
18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat2 sebelum tu adalah penceritaan bagaimana Saidina 'Aisyah telah difitnah. Sedih ok. At some Rasulullah tak bertegur sapa dgn 'Aisyah. In fact, semua dlm keadaan xpasti nak percaya or tidak kepada berita yg disampaikan kaum munafik. 

Just imagine hati seorang perempuan, it's okay when d rest of d world is doubting u, but when ur loved one does dat…only God knows betapa 'cincang' nya hati tu. Huuu. 

Alrite, just a teaser utk ayat2 sebelum tu. Just nak share the verses that come after that. Ayat ke-11, Allah bebaskan tuduhan fitnah drpd 'Aisyah. Next verses, Allah betul2 kecam mereka yg sampaikan berita tak benar ttg org beriman. Fuuuuh.


"19. Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

In other words, jgn berprasangka buruk terhadap org di-sekeliling kita esp sahabat and kawan2 kita. Kalau dah terdetik di hati, jgn lafazkan di mulut. Ust pesan.

Kita fikir, alaaa, cite je, no big deal. xde masalah kan. Bukan nye kita belasah or pukul org tu. 

"dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."

Naaah, amik kau! 

Ust pesan utk jaga perhubungan dgn manusia. Okk, mmg mata rasa mcm masuk habukk gile. Tuhann je tau dah berapa byk dosa buat dgn mulut ni. Lagi-lagi minggu ni. Event tu. Sediih sgt.

Mungkin kita xbuat dosa besar. Zina, bunuh, minum arak ke ape. Tp dosa kecil sape perasan? Kita yg buat pn xperasan. Malaikat ratib dan 'atid je lajuu catat sume tu.

Pastu Ust sambung dgn ayat 20 dgn 21,



20. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). 
21. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

Tgh2 sedih dgn dosa bergunung ni, dtg laaa plak ayat 20. Semakin byk habuk kat mata ni…

'Walau la fadhlullah'….byk kali keluar phrase ni dlm surah An-nuur. Kita ni, klau x kerana belas kasihan Allah, klau x kerana hidayah yg Dia sering bg, klau x kerana nikmat yg Dia kurniakan setiap saat, pasti kita x lari drpd azab Allah.

Allah tu maha pengampun, even sebesar gunung everest pn dosa kite, selama mana kita asyik lupa and lalai pada Dia, Allah tu sifat nye Ghafur.

Tp manusia, belum tentu…

wallahu'alam.

Tuesday, January 7, 2014

A breaker

Sometimes in life, people make mistakes. We hurt each other in a subtle way that we dun even realize it.

But, would it fair, to focus one mistake and to totally forget d whole great things about it?

All those time. All those moments.

A breaker. I am.

And again, why bother on what others r saying about it, when in fact, how do u feel about yourself is the most important.

Leave it or say it. Both bear different consequences.

And now, I've to pay for the choice I made.

As the saying goes, "Bagai tikus membaiki labu...."



Sunday, January 5, 2014

#misshome

Byk bende nk bgtau, byk bende nak bebel kt blog ni. Tp xleh spend byk masa kt sini. So many thingssss r waiting to be brainstormed and done now. Huuu. Allahumma yassir.

And countdown nak balik umah ade lg more and less a month. Can't wait to see everyone at home including d new addition, Sofiyyah!

Sakinah & Sofiyyah

saje nak lepas gian tulis blog. hahaaaaa.